Archive for the ‘Insuran ( Asuransi )’ Category

Kalau kita telah mengetahui, bahawa Islam tidak dapat menerima insuran model sekarang ini dengan segala aktivitasnya yang telah berlaku, maka ini bukan berarti Islam menentang gagasan insuran itu ansich.

Samasekali tidak demikian! Yang ditentang oleh Islam ialah beberapa prinsip dan caranya. Adapun jika ada cara-cara lain yang tidak bertentangan dengan syariat Islam, maka sudah pasti Islam akan menyambutnya dengan baik.

Ringkasnya, bahawa aturan Islam telah menjamin ummatnya dan orang-orang yang berada di bawah naungan pemerintahan Islam dengan cara-cara tersendiri, dalam seluruh peraturan dan pengarahannya. Ada kalanya jaminannya itu melalui sikap solider dari anggota masyarakat itu sendiri, dan ada kalanya melalui pemerintah dan lembaga baitul-maal.

Baitul-maal adalah insuran secara umum untuk semua orang yang bernaung di bawah pemerintahan Islam.

Dalam syariat Islam ada suatu jaminan dan cara-cara menyalurkannya kepada seseorang yang sedang mendapat musibah,

Di bab yang terdahulu telah kami sebutkan, bahawa di antara hal-hal yang membolehkan seseorang meminta, iaitu apabila dia ditimpa kelaparan. Dia boleh minta kepada pemerintah (waliyul amri), dan waliyul amri akan memberi ganti semua yang dideritanya itu atau yang kiranya cukup untuk meringankan sebahagiannya.

Kita dapati juga suatu jaminan untuk ahli waris kerana kematian keluarga, iaitu seperti yang disabdakan Nabi s.a.w.: “Saya lebih berhak mengurus setiap muslim daripada dirinya sendiri; barangsiapa meninggalkan harta, maka harta itu untuk ahli warisnya, dan barangsiapa meninggalkan hutang atau kebangkrutan, maka untuk saya dan menjadi tanggungan saya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Di antara jaminan Islam terhadap ummatnya, ialah apa yang disebut bahagian khusus untuk orang-orang yang berhutang (gharimin) dalam pembahagian zakat.

Sementara ahli tafsir dari ulama-ulama salaf ada yang menafsirkan kata gharimin, iaitu: orang yang rumahnya terbakar, atau hartanya hanyut oleh banjir dan sebagainya.

Sementara ahli fiqih juga ada yang berpendapat, bahawa dalam keadaan demikian dia boleh diberi bantuan dari wang zakat, sebanyak harta yang dideritanya itu, sekalipun beribu-ribu banyaknya.

Insuran kecelakaan menurut pendapat saya mungkin juga untuk disesuaikan dengan Islam, iaitu dalam bentuk:

Sumbangan berimbal, misalnya seorang anggota insuran membayar wang kepada perusahaan dengan syarat dia akan diberi imbalan sejumlah wang kerana ditimpa suatu musibah, sebagai bantuan untuk meringankan penderitaannya itu.

Bentuk insuran seperti ini dibenarkan dalam pandangan sebahagian madzhab Islam.

Jika insuran dapat disesuaikan seperti tersebut, dan perusahaan yang menjalankannya itu samasekali bersih dari perbuatan riba, niscaya dapat dikatakan boleh.

Adapun insuran jiwa menurut bentuknya yang ada sekarang seperti tersebut di atas, menurut pendapat saya sama sekali jauh dari panduan syariat Islam.

Apabila kita belum mendapat kejelasan dari segi manapun, bahawa hubungannya antara anggota insuran dan perusahaan sebagai hubungan antara anggota syirkah dengan anggota lainnya, maka apa watak hubungan antara keduanya itu sekarang? Apakah hubungan setia kawan? Kalau benar demikian, maka lembaga ini adalah termasuk lembaga sosial yang ditegakkan berdasarkan saham dari orang-orang yang ingin menyumbangkan sejumlah wangnya dengan tujuan saling mengadakan bantuan satu sama lain. Namun agar di situ terdapat kerjasama yang baik antara seluruh anggota, guna memberikan pertolongan kepada pihak-pihak yang sedang dilanda suatu musibah, maka wang yang dikumpulkan demi terwujudnya cita-cita yang dimaksud, diperlukan beberapa persyaratan sebagai berikut:

1. Setiap anggota yang menyetorkan wangnya menurut jumlah yang telah ditentukan, harus disertai niat membantu demi menegakkan prinsip ukhuwah. Kemudian dari wang yang terkumpul itu diambillah sejumlah wang guna membantu orang yang sangat memerlukan.
2. Apabila wang itu akan diputar, maka harus dijalankan menurut aturan syara’.
3. Tidak dibenarkan seseorang menyetorkan sejumlah kecil wangnya dengan tujuan supaya dia mendapat imbalan yang berlipat apabila terkena suatu musibah. Akan tetapi dia diberi dari wang jama’ah sebagai ganti atas kerugiannya itu atau sebagainya menurut izin yang diberikan oleh jama’ah.
4. Sumbangan (tabarru’) sama dengan hibah (pemberian). Oleh kerana itu haram hukumnya ditarik kembali. Kalau terjadi suatu peristiwa, maka harus diselesaikan menurut aturan syara'[17].

Syarat-syarat ini tidak akan berlaku kecuali sebagaimana yang dilakukan oleh sebahagian koperasi dan lembaga-lembaga sosial yang kini biasa di kalangan kita, iaitu seseorang membayar tiap bulan dengan niat tabarru’ (donatur); dia tidak boleh menarik kembali wangnya itu, dan tidak ditentukan jumlah bantuannya jika terjadi suatu musibah.

Adapun insuran lebih-lebih insuran jiwa, persyaratan ini samasekali tidak dapat diterapkan. Sebab:

1. Semua anggota insuran tidak membayarkan wangnya itu dengan maksud tabarru’, bahkan niat ini sedikitpun tidak terlintas padanya.

2. Badan insuran memutar wangnya dengan jalan riba, sedang setiap muslim tidak dibenarkan bersyirkah dalam pekerjaan riba. Dan ini justru telah disetujui bersama oleh orang-orang yang memperketat mahupun oleh orang-orang yang memperingan persoalan ini.

3. Anggota insuran mengambil dari perusahaan –apabila telah habis waktu yang ditentukan– sejumlah wang yang telah disetor dan sejumlah tambahan, apakah ini bukan berarti riba?!

Bertentangannya insuran dengan arti bantuan sosial, iaitu bahawa insuran memberi kepada orang kaya lebih banyak daripada kepada orang yang tidak mampu, sebab orang yang mampu membayar insuran sejumlah wang yang lebih banyak, maka ketika ia mati kerana suatu musibah, akan mendapat bahagian yang lebih besar pula. Sedang bantuan sosial, adalah memberi kepada orang yang tidak mampu lebih banyak daripada lainnya.

4. Barangsiapa hendak menarik kembali wangnya itu, maka dia akan dikenakan kerugian yang cukup besar. Sedang pengurangan ini samasekali tidak dapat dibenarkan dalam pandangan syariat Islam [18].

Asuransi

Posted: 9 Juni 2010 in Insuran ( Asuransi )
Tag:

Di antara bentuk mu’amalah baru, iaitu apa yang disebut insuran. Ada yang berhubungan dengan masalah hidup, yang dinamakan insuran jiwa dan ada pula insuran sebagai jaminan kalau terjadi kecelakaan. Bagaimanakah pandangan Islam? Dibenarkankah?

Sebelum kami menjawab pertanyaan ini, terlebih dahulu kami ingin menanyakan tentang jiwa daripada perusahaan ini. Apa jiwanya? Dan bagaimana hubungannya antara yang menjadi anggota insuran itu dengan pihak perusahaan? Atau dengan kata lain: Apakah anggota insuran itu penuh sebagai anggota syirkah bagi perusahaan tersebut? Kalau benar demikian, setiap anggota syirkah (anggota insuran) harus tunduk (bersekutu) terhadap keuntungan dan kerugian yang diperoleh dan diderita oleh perusahaan tersebut, menurut ketentuan ajaran Islam.

Dalam insuran kecelakaan iaitu seorang anggota membayar sejumlah wang (x rupiah misalnya) setiap tahun. Apabila dia boleh lolos dari kecelakaan, maka wang jaminan itu hilang (perdagangan, perusahaan, kapal ataupun lainnya), sedang si pemilik perusahaan akan menguasai sejumlah wang tersebut dan sedikitpun tidak mengembalikan kepada anggota insuran itu. Tetapi jika terjadi suatu kecelakaan, maka perusahaan akan membayar sejumlah wang yang telah disetujui bersama.

Usaha semacam ini samasekali jauh dari watak perdagangan dan solidaritas berserikat.

Dalam insuran jiwa, apabila anggota insuran itu membayar sejumlah wang $2,000.00 misalnya pada periode pertama kemudian mendadak meninggal dunia, maka dia akan mendapat pengembalian sejumlah wang tersebut dengan penuh, tidak kurang satu sen pun. Tetapi kalau dia itu bersyirkah dalam berdagangan, maka dia akan memperoleh kembalian wang sejumlah wang yang disetor pada periode itu ditambah dengan keuntungannya.

Kemudian apabila dia berkhianat kepada perusahaan dan tidak boleh lagi membayar untuk periode-periode berikutnya sedang dia sudah pernah membayar sebatiagiannya, maka sejumlah wangnya yang disetor itu atau sebahagian besarnya akan hilang.

Ini paling tidak dapat dikatakan: suatu perjanjian yang rusak. Dan alasan kerana antara kedua belah pihak sudah ada saling kerelaan dan keduanya sudah saling mengetahui kemanfaatannya itu tak berbobot. Sebab antara pemakaian riba dan yang memberinya makan juga sudah ada saling merelakan begitu juga kedua pemain judi sudah merelakan. Namun tokh kerana kerelaannya itu tidak dianggap sebagai alasan halalnya perbuatan tersebut, selama mu’amalah ini tidak menegakkan prinsip-prinsip keadilan dengan tegas yang tidak dicampuri tipuan dan kezaliman serta perampasan oleh satu pihak terhadap pihak lain sedang keadilan dan tidak saling membahayakan adalah pokok.