Posts Tagged ‘Yakjuj Dan Makjuj’

https://tausyah.wordpress.com/Dajjal-Nabi-Isa-Yakjuj-Makjuj

Dajjal, Nabi Isa, Yakjuj Dan Makuj

sambungan dari kisah dalam hadist sebelumnya..

Dalam keadaan sebagaimana di atas itu, tiba-tiba Allah Ta’ala mengutus Isa al- Masih putera Maryam. la turun di menara (rumah tinggi) putih warnanya, yang terletak di sebelah selatan Damsyik, iaitu mengenakan dua lembar pakaian yang bersumba, dengan meletakkan kedua tapak tangannya atas sayap dua malaikat. Jikalau ia menundukkan kepalanya, maka mencucurlah air dari kepalanya itu, sedang apabila ia mengangkatnya, maka berjatuhan-lah daripadanya permata-permata besar bagaikan mutiara.

Maka tiada seorang kafirpun yang berdiam di sesuatu tempat yang dapat mencium bau tubuhnya itu, melainkan ia pasti mati dan jiwanya itu terhenti sejauh terhentinya pandangan matanya. Selanjutnya al-Masih mencari Dajjal itu sehingga dapat menemukannya di pintu gerbang negeri Luddin, kemudian ia membunuhnya.Seterusnya Isa a.s. mendatangi kaum yang telah dilindungi oleh Allah dari kejahatan Dajjal itu, lalu ia mengusap wajah-wajah mereka (maksudnya melapangkan kesukaran-kesukaran yang mereka alami selama kekuasaan Dajjal tersebut) dan ia memberitahukan kepada mereka bahawa mereka akan memperolehi derajat yang tinggi dalam syurga. Dalam keadaan yang sedemikian itu lalu Allah memberikan wahyu kepada Isa a.s. bahawasanya Aku (ALLAH Subhana wa Ta’ala) telah mengeluarkan beberapa orang hambaKu yang tiada kekuasaan bagi siapapun untuk menentang serta berlawanan perang dengan mereka itu. (lebih…)