Posts Tagged ‘Mempersulit Istri’

Seorang suami tidak boleh menyusahkan dan berbuat yang tidak baik dalam pergaulannya dengan isteri, dengan maksud supaya isterinya itu mahu menebus dirinya; iaitu dengan mengembalikan semua atau sebahagian harta yang pernah diberikan kepadanya, selama si isteri itu tidak berbuat jahat. Dalam hal ini Allah telah berfirman:

“Jangan kamu berlaku kasar terhadap mereka itu lantaran kamu hendak pergi dengan membawa sebahagian dari apa yang telah kamu berikan kepada mereka, kecuali apabila mereka itu berbuat kejahatan yang terang-terangan.” (an-Nisa’: 19)

Kalau pihak suami yang tidak suka itu ingin supaya bercerai kerana ada hasrat dengan orang lain, maka dia dilarang mengambil sesuatu dari isterinya. Sebagaimana firman Allah:

“Dan apabila kamu berkehendak akan mengganti isteri di tempat seorang isteri, padahal kamu telah memberi salah seorang dari mereka harta yang banyak, maka jangan kamu ambil sedikitpun daripadanya, apakah kamu akan mengambilnya dengan cara yang mengagetkan dan dosa yang terang? Bagaimana kamu akan mengambilnya padahal sebahagian kamu telah bersatu dengan sebahagiannya dan mereka itu telah mengambil daripadamu perjanjian yang keras?” (an-Nisa`: 20-21)