Posts Tagged ‘makan’

Iblis

Iblis

Dari Anas bin Malik Radhiallahu Anhu. bahwa Rasulullah Shallallahu Alaihi Wa Sallam Bersabda :

“Iblis laknatullah telah bertanya kepada Allah Subhana wa Ta’ala diantaranya ialah :

Kata Iblis kepada Allah Subhana wa Ta’ala: “Ya Tuhanku, Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu tempat kediaman yakni rumah untuk berzikir kepadaMu. Tunjukkanlah kepadaku tempat kediamanku.”

Firman Allah Subhana wa Ta’ala. yang bermaksud: “Wahai Iblis tempat kediamanmu ialah di dalam Water Closed  (WC).”

Iblis berkata: “Ya Tuhanku, Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu tempat mereka berkumpul (mesjid, surau). Di manakah tempat bagiku berkumpul?”

Firman Allah Subhana wa Ta’ala. yang bermaksud: “Wahai Iblis tempat untuk kamu berkumpul ialah di pasar-pasar (di pusat-pusat membeli belah, pesta-pesta, kelab-kelab malam, majlis-majlis maksiat dan sebagainya).” (lebih…)